Tuesday, August 16, 2011

DNA BABI DALAM MENTEGA - GOLDEN CHURN PURE CREAMERY BUTTER

PURE CREAMERY BUTTER – GOLDEN CHURN BUTTER

KELUARAN SYARIKAT BALLANTYNE FOOD PTY NEW ZEALAND = TIDAK HALAL


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengesahkan mentega jenama  `GOLDEN CHURN PURE CREAMERY BUTTER' yang dipasarkan di Malaysia adalah TIDAK HALAL.
Ketua Pengarah JAKIM, Othman Mustapha, berkata keputusan itu dibuat selepas mendapati produk tersebut datang dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak walaupun pengimportnya berbeza dan untuk pasaran berbeza.

Perkara ini disahkan sendiri oleh wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand yang mengeluarkan produk itu. Sehubungan itu umat Islam seluruh negara diminta untuk tidak menggunakan produk tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sehubungan itu juga, Othman meminta pemegang dan permohonan baru Sijil Pengesahan Halal dari JAKIM atau jabatan agama Islam negeri yang telah menggunakan bahan tersebut dalam produk mereka agar menukarnya kepada bahan yang mempunyai sijil halal yang diiktiraf serta mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baru.

Beliau berkata mereka juga perlu melakukan proses samak dengan disaksikan jabatan agama Islam negeri serta mengemukakan bukti akuan samak. Othman berkata perkara itu juga telah dimaklumkan kepada syarikat pengimport dan mereka bersetuju menarik balik produk terbabit dari pasaran.




Petikan dari Berita Harian 16/08/2011












No comments:

Post a Comment